Pages

20 March 2014

kesihatan Hati



Assalammualikum.

بِسْــــــــــــــمِ اللهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيْـــــمِ

wah.. it's been two weeks after me update blog tentang shaklee hari tu kan..
sekarang nak share benda yg sama gak..semalam 19mar, buat pertama kalinya saya attend shaklee talk tentang  kesihatan hati...hehe selepas beberapa kali saya termiss nak ikut biznes talk n dinner shaklee kerana sebab sebab yang tak dapat di elakkan.~


kat sini di letak hotel bilion waterfront plak. :( urm


well talk tu di adakan di mariner hotel labuan jam8mlm.. saya dah lupa plak sapa nama speaker smlm. hahaha.. watever la kn... saya datang dengan persediaan yang tak berapa nak lengkap.. maksud nya.. orang lain datang dengar talk shaklee tentang product dorang, datang bawa buku catatan, bawak pen, bawak air sendirik, bawak jacket(sejuk).. hahaha... tapi saya dengan selamba nya.. datang mcm pergi majlis kenduri kawin. hahahaha...  so saya pun set kat fikirin ni... next time datang tanak failed lagi mcm ni.. fuh~! korang pun sama tau...yang penting.. buku catatan dengan pen.. so korang tak kn lupa apa yang di sampaikan oleh speaker tu, dan korang akan ada idea apa nak di update dalam blog maupun update status facebook utk product tu.. huhu. panjang lak mukadimah saya ni.. hehe

actually saya tak tau nak share yang mana, coz banyak benda yang di sharekan semalam, dan semua pun bermanfaat utk diri sendiri dan untuk orang orang yang memerlukan vitamin ni.~~

ok la. saya share 2 benda la k..

1. last night speaker tu buat demo tentang vitalea, buat saya sangat teruja. korang boleh tgok demo tu kat sini. (DEMO)

maaf la. saya tak ada ambik pic .. sbb nfon prob.. guna pic upline aja..~ :)
okies. klau korang tgok demo vitalea ni dia tunjukkan vitalea ni ada lah product yang tdk mengandungi preservative, pewarna, malah tak sampai 3 min dah larut sepenuhnya di dalam air seperti mana ia menunjukkan ia akan larut sepenuhnya di dalam badan, ia jugak tdk mempunyai bahan kimia
Jadi jangan la risau .shaklee merupakan produk makanan tambahan yg sihat dan
selamat malah membantu drpd kita hidup secara sihat.

2. kesihatan hati, Menjaga kesihatan hati ialah langkah pertama dalam usaha mengubah amalan gaya hidup seseorang.Hati ialah organ penting dalam badan manusia dengan menjalankan 500 fungsi yang diketahui termasuk menyimpan tenaga dan vitamin badan, mengeluarkan hormon dan hempedu serta membantu mengemulsikan lemak dalam badan. Hati pada asasnya merupakan organ yang penting kepada kehidupan.
jadi korang jaga la hati korang tu baik2 yer..

untuk penjagaan hati. korang boleh consume product Shaklee

  • Vita-C
  • Vivix (orang preggy n menyuskan baby tak di saran kan untuk mengambik vivix.
  • DTX Complex
  • NutiFeron.

ok la.. cukup la kot utk dua ni kan. hehe..~
untuk info lebih lanjut. atau sebarang pertanyaa.. korang leh email saya kat

amoy_yna@hotmail.com

p/s : jadi, mari la kita sama2 menjaga kesihatan dan organ organ kita yang penting dalam badan.. jgn menyesal nanti bila umur blm lg 30 dah mcm2 penyakit. hehehe.. good luck untuk yang mengambil shaklee.. kita geng. hikhik.~ <3


04 March 2014

Supplement A.K.A Makanan Tambahan

.Assalammualikum.

tak jawab dosa, kalau jawab tandanya sayang. hehe.

:) anda2 sihat? hehe..

sy ada benda baek hendak di share kan untuk semua.. IS BARANG BAEK, IS BARANG BAEK.
hehehe..


TTadaaa..perkembangan terbaru.. Batrisya Lutfiyah, dah pun Genap 6 bulan pada 15 Feb 14. Alhamdulillah Anak Mama Membesar Dengan Sihat.. 

OK OK back to the topic. benda baik yang sy nak share hari ni, pasal makanan tambahan atau pun orang puteh pangill supplement.

EHEM.. !! saya consume SHAKLEE sebagai makanan tambahan saya.. tu pun baru dua bulan.. tapi memberi perubahan yang sangat memuaskan.

supplement skarang macam macam adaa... tapi sy terpikat dengan SHAKLEE ni..

Saya teringin ambik supplement ni sebab nya ia mengandungi Khasiat yang saya perlukan untuk saya, dan untuk baby saya

Salah satu product Shaklee yang sy consume ialah ESP :

Khasiat yang terdapat dalam ESP
============

1) ESP menjadikan kulit muka cantik, halus,gebu dan berseri
2) ESP menganjalkan semula payudara yang kendur dan mengembalikan kecantikkan payudara anda
3) ESP memberi tenaga, badan semakin sihat dan kurang letih
4) Bagi ibu-ibu yang menyusukan anak, ESP sangat-sangat membantu menghasilkan susu dengan lebih cepat dan merupakan salah satu milkbooster yang hebat
5) ESP juga membantu menghaslkan susu yang lebih pekat dan berkrim, kesannya bayi anda akan cepat kenyang dan kurang meragam
6) Bagi ibu-ibu mengandung, ESP membantu perkembangan fetus dan memastikan kesihatan ibu di tahap optimum
7) Cepat kenyang dan membantu dalam pegurusan berat badan.
8) Berupaya menghilangkan parut jerawat di muka, kerana terjadinya parut akibat kekurangan protein unuk membentuk sel baru dan menyingkirkan sel kulit mati.
9) Berkesan mengurangkan eczema dan masalah kulit

( ESP + OsteMatrix )
Sebab Kenapa saya consume Shaklee ni :

1. Sy breasfeed baby batrisya Luthfiyah.
2. Saya seorang ibu yang berkerja.
3. Body Milk Dah Nak Mengering
4. Baby Tak Kenyang.
5. Sakit Sakit Sendi/Tulang
6. Cepat Penat

tapi tapi... Untuk ibu yang breastfeed. kna ingat tau.. Tak boleh bergantung sepenuhnya dekat ESP ni untuk penghasilan susu.. korang kena kosongkan breast untuk Menghasilakan susu baru yang pekat, sedap dan banyak.jadi kompom baby tak banyak ragam. korang kena rajin2 la pump breast atau susukan baby..
oh ya ESP ni pun boleh buat anda sentiasa bertenaga walaupun tak makan.. memang sesuai untuk orang yang tengah berdiet.

sebelum sy ambik esp ni.. muka sy bnyk parut jerawat. n tona kulit tu x sekata tp lepas ambik ESP. sdh semakin pudar.. n memuaskan hati anak pun dapat khasiat. Bila dah rasa dan nampak sendiri perubahan. terus nak jadi pengedar untuk shaklee . hehe

1 botol ESP ni boleh tahan hingga 3 bulan.



SEBELUM DAN SELEPAS

product kedua Shaklee yang sy ambik, OSTEMATRIX :
=================

ostematrix ni lebih kepada calcium/kalsium. sy consume tablet ni sebab sy selalu sakit tulang n sakit pinggang.. kalau korang consume ostematrik n sedang menyusukan baby.. baby pun dapat khasiat. tulang baby akan kuat. Like baby Batrisya Luthfiyah.. skrg dah pandai berkaki empat.. cepat ... susah dah nak kawal.. sana sini dia round..

siapa belum jelas lagi tentang supplement tu.. bole baca kat bawah ni.
Maksud Supplement
============================
Produk yang dimakan dan mengandungi makanan tambahan seperti vitamin, garam galian, asid amino, dan herba serta tumbuhan. Produk-produk makanan tambahan ini biasanya dihasilkan dengan ekstrak atau pekatan daripada perahan.Supplement boleh didapati dalam bentuk tablet, pil, cecair atau serbuk.

product supplement shaklee ni ada banyak lagi... ada banyak pakej. antaranya :

PAKEJ SIHAT SHAKLEE :

1. Set Slimming ( ESP or Cinch Shake Mix, Lecithin, Alfafa)

2. Set Breastfeed ( ESP, B-Complex, Vit-C, Vita-Lea, Alfafa, OsteMatrix)

3. Set Sendi/ Tulang (Advance Joint Health Tablet, Ostematrix)

4. Set Kecantikan (Vita-C, Vita-E Complex)

5. Set Hamil (B-Complex, Vita-Lea)

6. Set Kesihatan Kanak Kanak (Meal Shakes- French Vanilla + Omega Guard )

7. Set Kesuburan (Vit-E, GLA, Alfafa, Zinc)

8. Set Skin/ Jerawat ( GLA Complex, ESP )

9. Set Berpantang (ESP, Zinc, B-Complex, Vit-C, Vita-Lea, Alfafa)


Anda Boleh Menghubungi sy Bila Bila Masa Untuk Mendapatkan BEST PRICE dari sy.
Anda Juga Di alu alu kan untuk menjadi ahli untuk menjana side income.

so tunggu apa lagi.. anda boleh terus hubungi sy

(^_^)

Shaklee ID : 1118710
"Amoy" 0148677436

atau anda boleh Email saya ke
: amoy_yna@hotmail.com

Nota Jari : Entry Kali ni agak panjang sedkit :)  Sharing is caring. JOMM Healthy & Beauty With Shaklee..


20 September 2013

Little Pwencess

. Assalammualaikum.!

tak jawab dosa, jawab sayang.~

wah~! agak lama jgk menyepi, ni bukan lagi besawang.. tp memang dah terabai~.

al maklum la. bz mengurus rumah tangga.~ lebih2 lg sejak dah ada orang baruuu~~~ cakap dengan gaya bibir mucung. hehe. tambahan plak, rasa malas tu sentiasa menyelubungi, malas nak menaip, malas nak bina susun ayat. khishishishi..~

sekarang ni tgh rajin sikit, sebab tu ada masa nak update belog ni.. hehe..

ok.~ itu intro..~ bebel-bebel macam mak2 dah.~  realitinya memang dah jadik mak pong..~ mcm mimpi..

let me introduce u'ols dgn litte pwencess sy.. mana tahu ada yang berkenan buat menantu.~ hahaha..

ok.. let me present to u'all my lil pwencess....


Gender : kalaw dah pwencess tu mesti la girl kn.. hehe
Baby  Nama :Batrisya Luthfiyah
D.O.B : 15 aug 2013
Time : 2.15pm


kalau lah baby lewat lahir sehari n sebulan sama befday dengan papa dia 15 sept hehe :), kalau plak lewat sehari n lewat sebulan jgk, sama befday dengan mama dia..~ hehe.. 16 sept.. ai.. nasib x sama.. kalau sama, boleh celebrate sekali befday hehe.. pakej.. :))
age : Fresh from oven :) Berat : 3.3kg

age : 1 week
age : 1 month Berat : 4.3kg

Alhamdulillah.. semuanya d permudahkan oleh Allah. dan dengan izin NYA sy bersalin secara normal..
mula mula nampak baby sy selepas kuar beberapa saat dari rahim sy sendiri, automatik hati sy kata..

" ya Allah ini ke Anak sy"

lepas tu benda pertama sy tgok adalah rambut dia... panjang n lebat. sukaaa sangat.. ;)
automatik jugak la air mata sy mengalir masa skin to skin dgn baby, yg masa tu baby masi bau bau air ketuban.. :)

sy rs seolah olah sy bermimpi.. hihi.. badan yg lemah, terus bersemangat bila tgok baby yg sy kandung selama 40 minggu 2 hari. yg sy bawa ke hulu ke hilir, kini dah ada bulat2 dpn mata, dah boleh peluk, cium2, gomol2.. hihi..  oh ya,, sy over due 2 hari.. baby bg mama dia raya lama2 hehe..

ok la.. ini jek entry kali ni.. nak buat pendek2 jek.. nanti entry akan dtg sy karang panjang2 plak.. :)

kata orang, kita xkan tahu perasaan seorang ibu bapa, sehingga la kita mempunyai anak sendiri.. true :) erm..



kucim ni nama dia bobo, kucim yg sangat aktif n manja, tapi dia lari umah sebab mungkin dia rasa dia dah x d sayang sejak ada baby dlm umah. :(


ok la bye semuaa...

"perbualan pendek dgn asben"
-
asben : apa bau air ketuban?
sy : macam bau surga. hehe (senyum kerang busuk)
 -
serius, bau dia lain dr yg lain. wangii sangat.... :)



24 May 2013

Insan Baru Dalam Dunia Baru...

Assalammualikum.

hehe~ tarik nafas panjang2 dan senyum.. :)

Alhamdulillah hari ni dah 6 Bulan 22 hari menjadi isteri kepada En.Suami .. ^_^ tak sangka kan?

macam tak terasa plak cepat sangat berlalu. n agak lama gak saya tak update blog ni.. dah bersawang mawang. (tak ada mood nak menaip n berfikir buat ayat :P)

entery lepas saya hari tu ada mention pasal "Rezeki" kan? agak2 rezeki apa tu? haha..

Di ringkas kan cerita.

Al Kisahhh.... macam ni ceritanya.. selepas genap sebulan hari perkahwinan saya dan en.suami, saya selalu sakit-sakit, macam sakit pinggang, sakit yang teramat-amat sakit, tak boleh berkipas or terkena angin, tak boleh terkena air sejuk, saya rasa sejuk sangat tapi berpeluh, then kencing tak lawas, dan tiap kali kencing tu saya selalu rasa sakit dkt buah pinggang saya, and last sekali sebelum saya pergi klinik, seperti ada nanah selepas saya buang air kecil dan sakit perut tiap tiap malam..~

so saya agak rasa sakit saya ni dah makin teruk.. dengan itu saya pun decide pergi klinik nak buat check up, mula-mula skali dorang suruh saya buang air kecik n letak dalam botol, dorang nak buat urine test. tak lama lepas tu tiba la turn saya jumpa doctor, so saya pun cerita la problem saya.. itu ini bla bla bla bla..~ haha..

Doctor tu pun tanya saya,
doc : "puan mengandung ke?"
sy : "tak, sebab sy baru ja lps bendera merah."

doctor tu anguk anguk kpla dia, datang plak assistant dya bagi result urine saya tu, and doctor tu explain kat saya, " Puan, kami suspect puan terkena jangkitan kuman, sebab tu ada nanah selepas puan buang air kecil"
saya apa lagi membulat mata saya. "KUMAN" OMG ... doc tu sambung lagi. "pihak kami akan bagi puan ubat untuk sakit puan ni" .. saya "owwww OK" saya pun cepat cepat kluar dan pegi kaunter.

kat kaunter tu dya bagi saya ubat n explain kat saya mcm mn nak makan dan pengambilan.

Gadis Kaunter : " ini ubat untuk melawaskan dan cuci air kecing, yang ini plak antibiotik, dan ini ubat tahan sakit, dan yang 1 biji ini untuk bunuh kulat, cara pemakanan ada tertulis kat kertas tu"

saya : " Bunuh kulat?? maksudnya? saya tak paham.. sebab doctor tu tak ada plak cakap pasal kulat.."

Gadis Kaunter : " kulat tu kuman puan, kami cuma bagi 1 biji sahaja sebab ini ubat terkawal."

saya : " owh paham2." then saya balik sebab dapat MC.. hehe suke suke,,

selepas 3 hari, semua nya back to normal kencing dah ok, cuma yang tak ok sakit perut. tak hilang sakitnya.
jadi atas nasihat rakan sekerja, dia nasihat kan saya untuk beli pregnent test, sebab mana tahu dah berisi kan.sebab isteri dia dulu pun selalu sakit perut masa pregnent anak sulung. tapi dalam fikiran saya, ish~tak kan la cepat sangat saya berisi.. tapi saya beli jgk. hehe..

lepas tu saya pun beli lah.. yang murah jer rm10 kat farmasi..  en.suami suru saya buat test kat umah, boleh tahu resultnya sama-sama, tapi saya degil, saya try kat tandas office hehe..~ mn la tahu kot2 negatif... bila dah dapat result..

Tadaaaa...~~ saya ada snap pic tp sy malas nak upload hehe.~  tak sampai kot 1 minit.. dah timbul dua line merah..~ macam tak percaya. UPT ni rosak kot.. hahaaaa..perasaan saya bercampur baur, gembira, sedih, macam macam lagi..hehe dah habis office hour.. masa untuk pulang..

masa otw g umah, saya kluarkan UPT tu bg tunjuk kat en.suami, dia senyum..~ "betul ka ni?" en.suami pun x pecaya.. haha...

keesokan harinya kami g klinik buat cek kat klinik, kat sana pun dpt dua line.. and that doctor said " congratulation, jadi ibu dan ayah sudah," :) saya senyum jer..doctor tu suruh saya register kat klinik kesihatan untuk Mengikuti Perkembangan saya sepanjang hamil..

So ini Lah setelah panjang lebar saya menaip entry ni..~ kesimpulannya rezeki kami awal plak.. hehe... rezeki yang tidak ternilai harganya.. anugerah terindah buat keluarga baru saya ni.. hehe :)



BamBam Tummy..dah masuk 27.1/2 weeks
due : august
berat dahulu : 43 KG
berat sekarang : 54 KG
Mak mentua kata bunting pelamin .. hehe
xdpt teka gender, En.Suami tak mau scan.. dia kata SUPRISEEEE~~ hehe..
barang baby belum beli lg.. tunggu cuti keamatan ni, nak balik g sabah, shoping kat sana. :)
macam macam nak makan tapi  makanan tu tak ada kat labuan..~ :(


ok la.. cukup la kot..~ hehe  bubuyeee~